Setelah beberapa minggu tak hapdate blog, byk juga cerita nak story kat sini. Ok, let's go by sequence.
Cerita # 1: Sayonara Cik PFQ
From right: Cik PFQ. On da way to Melaka agaknya ni (Photo taken from Bob's FB)
Cuti weekend lepas, 25-26 Jul, mama ayah datang dari Penang. Saya dari hari Jumaat lagi dah ambil cuti. Macam tak der mood nk ke opis. Cuti ada 30 hari lagi beb! So, weekend tu spent time kat rumah Ngah dan juga SOGO. Tp sayangnya gaji belum masuk lagi. Tgk org len sopping jer la :( Tapi the most important agenda was to send back my little PFQ to Penang. Genap 6 tahun dia bersama saya. Seusia dgn tempoh saya bekerja di bumi Cyber ni. Cakap saja nak ke mana, pasti dia setia menemani. Terima kasih my little car, moga ketemu lagi bila saya balik kampung nanti :)
Cerita # 2: Teh Tarik
From right: Me, Nisa, Zul and the Les' Copaque gang (Photo taken from Nisa's FB)
Setelah hampir sebulan membuat persiapan, semalam 28 Jul, berlangsunglah majlis Teh Tarik bersama Alumni di Menara TM. Hampir 170 ++ yang hadir. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran 3 orang jejaka di sebalik kemahsyuran Upin dan Ipin. Millionaire in the making. Memang dan millionaire dah pun rasanya. Apa-apapun we're proud that you - the Les' Copaque our are our Permata Dunia!
Cerita # 3: Badminton
Hmm..saya mungkin bukan orang yang layak nak bersuara. Tapi ini blog saya, saya punya suka lah nk tulis apa :P Lately ramai yang dah tak bersemangat nak turun badminton. Saya pun tak faham kenapa. Cuba juga fikir, tapi biarlah. Yang saya nak sibuk buat apa. Cuma yang saya perasan lah, dah jadi trend, bila nak tournament baru nampak muka. Ramai yang tak konsisten. Banyak perkara dicampur-aduk termasuklah hal-hal peribadi. Kalau macam inilah, memang takkan maju. Yang bersemangat jadi tak semangat. Tapi seriusly, saya mmg bosan giler arini. Main tak sampai 40 minit saya dah cabut. Buang masa je kalau takat 2 org je yg ada. Duduk rumah layan slot Akasia lagi bagus lah.
Comments