Assalamualaikum, syukur ke hadrat Illahi. Mak long selamat sampai ke Cyberjaya semalam sambil ditemani pak su selepas mengharungi 9 jam perjalanan. Phewww! Kesian kat kami kan? Tapi takpa, bila tengok gambar qaisara ni, hilang penat mak long hehe. So, macam mana dengan raya tahun ni? Harap-harapnya kawan-kawan mak long pun happy sambut raya tahun ni. Bagi mak long, raya tahun ni meriah sebab qaisara ade hehe. Tahun ni giliran mama qaisara join korban. Kebetulan pulak ye...
Haaa.. ni mak long nak citer lah, sambungan dari posting aritu. Hari isnin 23 Nov, lepas meeting je dlm kol 12.30 pm mcm tu mak long pun balik la penang sensorang. Oh ya lupa pulak, meeting tu memang interesting. Insya Allah, kerja-kerja mak long pun akan menjadi lebih menarik nanti. Mudah-mudahan. Pastu, sesampainya mak long kat rumah, mak long tengok2 je qaisara, aik rasa mcm dh lain dh muka. Ada sedikit kurus hehe. Katanya mama qaisara, dh 4 hari qaisara asyik nangis, tidok tak lena dan minum susu tak kenyang. Isk, kecik2 pun dah jadi mcm tu ye? Berat badan pun susut. Rindu mak long ya? Haa kan mak long dah balik. Qaisara nangis je mak long angkat. So bila nangis je qaisara cari mak long. Pandai ye. Alhamdulillah selama 7 hari tu, makin lama makin ok la. Semua orang pun lega. Dah pandai berbual dan senyum. So, qaisara pun dapat la hadiah buaian dari tok dan tok wan hehe.
Sedar tak sedar, cuti mak long pun dah nak abis. Mak long dgn paksu gerak sekali dgn ayah qaisara. Tapi kereta asing2. Gerak dlm kul 3 pm tu, sebab paginya ada kenduri korban. Qaisara bayangkan lah, jem dari Taiping sampailah lepas hentian Tapah, sambung pulak ke Sungkai. Dalam keadaan serba perlahan tu, kereta sebelah mak long boleh pulak langgar kereta depan dia. Kuat juga bunyi hentaman tu. Beristigfar mak long dgn pak su kat sebelah ni. Dalam keadaan letih dan tak leh focus tu macam-macam buleh jadi. Alhamdulillah , mak long dgn pak su kira ok la lagi, sebab benti dua kali. Masa benti kat Tapah tu, sempat pulak pak su nampak diana danielle hehe. Mak long pun tak perasan mula2 tu. Akhirnya, dalam pukul 12.30 malam kami pun sampai. Dua-dua dh lembik..huhu.
Comments