Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2009

From court to ballroom..

Sabtu lepas 25 April, saya ke Badminton Clinic anjuran Kelab Mesra (nama kelab pekerja kat tempat keja saya nih). Yang datang mengajor ialah otai-otai badminton dari KLRC (KL Racket Club) ..hmm.. yg saya kenal Ong Ewe Hock je la. Coach2 lain pun handal2 belaka, so dapatlah diorang berkongsi sedikit sebanyak ilmu utk beginner mcm saya ni. In person, kelakar orangnyer Mr. Ewe Hock nih. Pesanan dia yg paling saya ingat, masa dia ajar cara2 servis. Cara paling mudah katanya, anggap je macam tengah sapu sampah..hihi. Lepas saya berjaya servis dengan betul, dia pun kasi markah 'A' kat saya..hehe. Lulus (lulus servis je..). Tapi, memang tak sempat la nk belajar semua skill. Masa suntuk. Ye lah..consultation pun free..takkan nak demand lebih2 pulak..hehe. Malamnyer....ada MMU Awards 2009 pulak. Hentam saja la. Baju dinner yg gojes sket pun tak ada sebab semua dah pakai. Tak kisah lah. Apa yang penting ialah..MAKAN!

Selesai sudah...

Maharaja dan maharani sudah berangkat pulang ke istana. Maka, dayang pula mengambil cuti separuh hari pada keesokan harinya hehe. Begitulah sinopsis nyer majlis yang berlangsung isnin lepas. Namun, patik pacal yang hina ini bersyukur karena semuanya berjalan lancar. Cuma pengalaman patik dipijak kaki oleh wartawan akan patik ingat sampai bila-bila. Tatkala Tuanku Zara melangkah keluar dari kereta, para wartawan berpusu-pusu mengacukan lensa kamera ke arahnya sehingga patik terpaksa berundur ke belakang. Namun, mujurlah patik sempat mengangkat sembah dan bersalam dgn Tuanku Zara. Dalam keadaan kesakitan patik berjalan ke dalam dewan, menunggu untuk memberi buku program. Nasib baik patik tak lupa step2nya. Mejar Hasnan pun tak komen apa2, kira ok la tu. (Photo: The lovely Tuanku Zara) Tapi...tapi..sebelum tu, yang paling patik tak lupa apabila sebuah kereta mewah berwarna hitam berhenti di hadapan dewan. Seluruh hadirin yang berada di ruang menyambut tetamu tersenyum lebar. Tak sangka su

Nervous

Nervous pulak rasanya. Pertama kali diberi tugasan yang agak mencabar sket. Isnin ni 20 Apr 2009, Insya Allah akan berlangsung sebuah dialog keamanan di Dewan Besar, MMU. Yang bakal datang bukan calang-calang orangnya. Tetamu diraja dari Perak - Raja Dr. Nazrin Shah dan Tuanku Zara Salim turut sama mencemar duli berkunjung ke MMU untuk majlis tersebut. Tugas saya macam biasa, kali ni upgrade sikit jadi 'dayang' kepada pasangan diraja ni. Minggu lepas, belajar protokol dengan Mejar Hasnan, diterbangkan khas dari Perak untuk mengajor. Macam-macam belajar masa rehearsal aritu. Cara sembah, cara berjalan, cara beri buku program. Hmm..menarik. Tapi takut..takut terlupa jer! Byk juga step2nya..Tapi tak sabar juga sebab dapat jumpa face to face! Insya Allah..doakan semua berjalan lancar ya :) Kepada yang berkelapangan tu, jemput-jemput la hadir ye. Free Admission, dun worry. Event: BRIDGES - Dialogues Towards a Culture of Peace Date: 20th April 2009 (Monday)Time: 1.30 pm - 5.30 pmVenu

Behind the naked eyes

Tersentak. Bagaikan tidak percaya, dan tidak pernah sama sekali saya terfikir ada yang tergamak mengketepikan martabat diri untuk mencapai sesuatu dengan cara menjatuhkan orang lain. Senario ini biasa berlaku, cuma tak terlintas yang benda ini akan berlaku pada saya. Bukan mendabik dada yang diri ini sempurna. Hidup saya simple. Saya hidup dalam dunia saya sendiri. Apa orang lain nak buat, itu mereka punya pasal. Saya tak suka masuk campur. Tak sangka. Rupanya diri ini sering diperhatikan. Tutur kata yang manis hanyalah lakonan. Obses terhadap sesuatu membuatkan si empunya diri lupa. Lupa yang dia telah melangkaui batas kemanusiaan. Dia lupa, kebenaran pasti menang walau seberapa banyak mana penipuan yang dia cipta. Saya bersyukur kerana Allah masih sayang diri saya (walaupun saya tahu saya bukan hambaNya yang baik). Insya Allah saya akan lebih berhati-hati. Ingatkan rambut jer hitam, tak sangka hati lagi hitam. Wallahua'lam.

Ngeee...

Saya baru balik dari main badminton. Hari ni saya main badminton dgn raket pink baru saya :) Lebih ringan. Memang raket utk ladies. A must for ladies katanya.Tapi permainan macam tak berapa menjadi jer. Mungkin baru lepas belajar teknik servis yang betul dari Abg Lan. Jadi, otak dan badan saya cuba mengkoordinate apa yang baru dibelajar tadi. Tapi terbawa-bawa juga teknik caca marba saya tu. Takpelah..slow-slow ler kan..