Salam and hi everyone! Lama rasanya tak berblogging. Tak berkesempatan hehe. Sepanjang minggu lepas mak long tinggal di Damansara. Temankan ngah dan qaisara sebab faiz training kat Singapore seminggu. Mencabar jugak ye, bangun awal2 pagi, hantarkan qaisara ke rumah pengasuh, then gerak bersama-sama ngah ke Cyber. Petang pulak, sebelum kul 6 mesti kena gerak dah demi mengelakkan jem (tp jem jugak!). Sepanjang perjalanan tu mak long selalu terfikir, inilah rupanya perjalanan untuk mencari sesuap nasi. Kena tempuh kesesakan lalu lintas, mengadap ragam manusia, nak nak pulak hujan lebat. Insaf! Alangkah beruntungnya mak long kerja di Cyber ni.
Oh ya, oleh kerana tak sempat posting minggu lepas, ni mak long nak citer la sket. Pada 28 Jan lepas, seminggu selepas event hi-tea tu mak long bertolak ke Tanjung Keling, Melaka untuk bershooting. Ecewah dah mcm artis lak ye. Tapi idak ler begitu, sebenarnya ada program CSR (Corporate Social Responsibility) dengan TV3 iaitu rancangan Bersamamu. Sapa yang tgk TV3 tahu la rancangannyer mcm mana. Ye lah kan, selain aktiviti yang fun, yang kurang bernasib baik tidak kita lupakan. Program ni bertujuan untuk memberi sumbangan kepada insan-insan yang memerlukan. Jadinya, keluarga yang terpilih tu ialah Nor Hisyam, telah berusia 26 tahun tp fizikalnya masih mcm umur 5 thn kerana dilahirkan tak cukup umur dan ada penyakit urat saraf. Kami pun memberi bantuan setakat termampu dan yang paling bermakna sekali ialah beliau turut diberikan stroller sebab dia ni memang tak boleh berjalan, cakap pun tak boleh dan semuanya bergantung atas bantuan mak ayah dia jer.
Ni la dia adik Nor Hisyam, 26 tahun hanya mampu terbaring
Sepanjang program tu, nasib baik lah mak long cool jer. Bukan apa, kadang2 tgk citer sedih boleh tersebak, inikan dalam situasi yang real. Mak long setuju dengan one of the Alumni committee yang join program tu Zack, dia kata dia tak faham kenapa kita pergi tempat macam tu kita nak buat sedih2? Tu macam berpura-pura. Baik buat biasa jer. Dan lebih baik kita ceriakan keluarga tu. Tapi apa dia cakap tu memang betul. Pakcik Jamil ayah kepada Nor Hisyam tu sendiri pun macam terhibur. Apa-apapun, mak long doakan semoga adik Nor Hisyam tabah, especially keluarga dia. Moga Allah sentiasa memberkati mereka dan kalau ada sesapa yang berminat nak beri bantuan boleh la bagitahu mak long. Insya Allah, mak long akan beri contact number family tu. Tu jer coretan mak long minggu nih. Hingga ketemu lagi :)
Bergambo bersama Pakcik Jamil sebelum balik
P/S: Saksikan Nor Hisyam di rancangan Bersamamu di TV3, 10 February 2010,kol 10 pm. Mana tau kot ada terselit muka mak long hehe.
Comments
xsempat nak tonton smlm..ad record x kak?
~mizah