Assalamualaikum.
Dedaun masa terus jatuh berguguran
Mungkin pemilik cintaku selepas Allah dan KekasihNYA bukan di sini
Atau mungkin belum kutemui lagi...
Oleh itu, jangan aku diganggu lagi!
Bertemu lagi. Mak long tidak dapat melarikan diri dari hakikat yang mak long memang suka menulis, meluah apa yang difikirkan dan dirasai. Akhirnya, mak long kembali setelah sebulan menyepi dari blog ini. Blog ini adalah secebis daripada diri mak long. Setiap kisah yang dicoretkan di sini ada nilainya pada mak long.
Sebulan, begitu pantas berlalu. Setiap daripada hari-hari yang dilalui itu ada kisahnya yang tersendiri. Ada hari jatuh dan bangunnya seorang wanita. Setiap cebisan yang jatuh itu ada harganya. Harga yang begitu mahal, tak ternilai dek emas atau permata. Hanya syukur yang mak long dapat ucapkan kepada Pencipta mak long. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui.
Apa yang mak long nak coretkan di sini ialah luahan hati mak long kepada sebuah kaum yang sepatutnya menjaga dan menjadi pemimpin kepada kaum hawa, tak lain tak bukan iaitu kaum Adam. Tulisan ini bukan untuk menyakiti sesiapa, tak ada kena mengena pun dengan 'penyepian' mak long dari arena blog ni hehe. Hanya sekadar luahan, mungkin mewakili luahan sebilangan wanita seperti mak long. Mak long pun bukan pandai sangat bahasa-bahasa puitis ni, tapi ini nukilan ikhlas mak long yang bertajuk - "Apa yang kau cari?"
Apa yang kau cari?
Bingung memikirkan
Tapi ingin kuluahkan agar ia segera berlalu
Apa yang kau mahu dariku?
Hanya kerana diriku tiada sesiapa yang mendampingi
Maka kau cuba untuk menunjukkan simpati?
Lupakah engkau aku ini milikNYA
Walau langkah ku sering sendirian
Tidakkah engkau tahu aku tidak pernah keseorangan?
Hanya kerana bibirku selalu mengukir senyuman
Dan kata-kataku penuh dengan kemesraan
Maka kau sangkakan aku ingin perhatian dan kesunyian?
Sedarkah engkau aku sedang meneladani Nabiku yang akhir zaman
Tidakkan itu sepatutnya yang menjadi ikutan?
Maka kau sangkakan aku ingin perhatian dan kesunyian?
Sedarkah engkau aku sedang meneladani Nabiku yang akhir zaman
Tidakkan itu sepatutnya yang menjadi ikutan?
Bingung memikirkan
Apa yang kau runsingkan akan takdir diriku?
Terfikirkah engkau segalanya telah DIA tentukan
Andai aku ditakdirkan bersendirian, mungkin itu yang telah DIA janjikan
Kerana hidup ini bukan sekali
Hidup ini ada sekali lagi
Ya, di sana yang kekal abadi

Namaku mungkin tidak seharum srikandi dan permata hati Rasulullah
Namun usahkan kau cemari ia dengan kata-katamu yang murah
Diriku mungkin tidak sesuci dan sesempurna para syuhada'
Janganlah engkau kotorkan ia dengan rayuanmu yang tak bermaruah
Maafkan daku, telah hilang hormatku padamu
Diriku mungkin tidak sesuci dan sesempurna para syuhada'
Janganlah engkau kotorkan ia dengan rayuanmu yang tak bermaruah
Maafkan daku, telah hilang hormatku padamu
Dedaun masa terus jatuh berguguran
Mungkin pemilik cintaku selepas Allah dan KekasihNYA bukan di sini
Atau mungkin belum kutemui lagi...
Oleh itu, jangan aku diganggu lagi!
Comments
suka sajak mak long.
wanita ni bukan lemah.