Assalamualaikum.
Salam hari jumaat. Tetiba mood untuk berblogging kembali :) Mungkin pagi jumaat yang penuh keberkatan ini menyalakan kembali semangat mak long untuk menulis. Alhamdulillah. Pagi ini mak long sampai awal di opis. Semalam dah berjanji dengan Cik Jah dan Kak Maz utk bersarapan bersama. Bro As pun ade sama tadi. Cik Aj pula tak join sebab katanya dah siap masak nasik pagi tadi. Bertuah sungguh siapa yang dapat memiliki gadis kecil molek ini. Rajin memasak. (Ops, cik Jah, sukun goreng you not bad juga!)
Setelah selamat menhabiskan sekeping roti canai dan teh o suam, mak long agak teruja dengan status cik Aj di YM yg meminta mak long msg die dgn segera. Tanpa berfikir apa2, mak long lantas merisik apakah gerangan ceritanya. Innalillah, seharusnya pagi yang mulia sebegini kita disimbahi dengan berita2 yg menyenangkan namun siapalah mak long untuk memilih kisah yang indah-indah belaka. Tiada apa yg mampu mak long ucapkan, moga Allah beri saja petunjuk kepada orang yang suka memutar belitkan cerita. Biarlah orang itu mencanangkan bahawa dirinya di pihak yang benar, sedangkan kebenaran itu hanya Allah saja yang tahu. Langit tidak selalunya cerah...
Comments