Salam dan syukur alhamdulillah.
Hari ini mak long masih lagi dipanjangkan umur oleh Allah. Alangkah bertuahnya orang yang dikurniakan usia yang panjang dan bijak pula dia mengisi setiap ruang dan kesempatan itu dengan pelbagai kebaikan. Ah, terasa kerdilnya diri ini. Terlalu banyak lopongnya. Kepada semua yang mengenali diri ini, mak long mohon maaf sekiranya tak dapat memberi yang terbaik.
Terima kasih atas ingatan semua pada hari ini terutamanya untuk mama dan ayah, ngah, hakim dan faiz, tak lupa juga qaisara. Walau sesukar mana pun hari-hari yang mak long lalui, mereka sentiasa ada di sisi. Syukur, keluarga ini adalah satu nikmat yang tiada galang gantinya untuk mak long. Semalam mak long berada di Damansara, pre-celebration di Nando's, sekali dgn celebration mother's day untuk ngah. Happy mother day ngah! Untuk mama juga, awai2 dh wish dh.
Pada G.S dan semua kengkawan, tima kasih juga ye. Antara perkara yang membahagiakan dlm hidup ini ialah apabila diri ini dihargai dan diingati. Moga Allah balas jasa kalian dan makbulkan doa2 kalian. Amin.
Comments