Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni cuti kt negeri Selangor ni besempena dengan general election yg ke-13. Mak long sempat gi opis jap tadi sebab tak bajet pun dapat cuti pd hari ini. So ada perkara-perkara yang perlu disetel sebelum esok. Hubby mak long pun mmg tak cuti sebab opisnya tu ikut dia punya center kt KL. KL tak cuti, so opis di Bangi pun tak boleh cuti..hehe takpa lah, mak long dok rumah layan makan buah mempelam dan dapat la jugak tulis blog ni kan!
Insya Allah, hari jumaat ni genaplah 7 bulan usia baby dlm kandungan ini. Kebetulan juga ari jumaat ni besday mak long tau hihi. Alhamdulillah, syukur. Moga semuanya selamat belaka ya. Kebetulan mak long ada la beli buku tulisan Ustaz Sharhan Safie (ustaz yang selalu kuar kt tv tu tentang perubatan islam). Tajuknya 'Seindah nama semurni peribadi'. Actually buku ni bukanlah sekadar menyenaraikan nama-nama yang mulia utk bayi tapi lebih kepada buku himpunan doa dan zikir untuk ibu mengandung. Ada doa yang khusus ketika kandungan berusia 4 bulan dan kemudian pada usia 7 bulan, doa bagi mengelakkan keguguran dan juga doa saat-saat nak melahirkan nanti. Wallahua'lam...sekadar nk share la kan :)
Oh ya, hari tu mak long kata nak cari la barang-barang keperluan baby kan. Sepatutnya mak long ada plan nak balik Penang last month, tapi Allah itu maha mengetahui, adik mak long yang kecik tu kena demam campak. Jadi mama mak long tak bagi la balik sebab risiko tinggi utk ibu mengandung & baby nih. Mak long memang dah ambil cuti pada hari jumaat tu. Rupanya, ada hikmah di sebalik tu. Kebetulan masa tu ada Expo Mom & Baby kat Stadium Melawati Shah Alam. So apa lagi, lepas hubby solat jumaat, kami pun gerak la ke sana. Memang heaven la kan pergi time orang len tengah kejer..hikhik. First time experience, memang sangat mengujakan! Kalau boleh semua baju-baju baby yang cute-cute ingin diborongnye, tapi tahan je la kan nafsu tu. Lagi pun, hasil pembacaan mak long kt blog2, ramai yang nasihatkan baju newborn ni tak payah beli banyak-banyak sebab baby cepat besar. Kalau nk beli pun beli la yang size untuk 3 month ke atas juga sket.
Rentetan daripada first trip of the shopping, kebetulan pulak tetiap minggu yang berikutnya tu ada la sale di Jusco dan juga Sogo. The timing is just so perfect hehe. Boleh dikatakan half of the list yang mak long buat tu tercapai la misinya. Tapi yang paling best shopping ialah di Sogo. Patut la si Ngah ni asyik rekemen gi cari barang baby kt Sogo sebabnya satu floor tu semua barangan baby boleh dapat di situ. Dah macam baby one stop center plak. Walaupun kaki dah lenguh, tapi memang enjoy sangat-sangat moment tu.
Kemudian minggu lepas, mak long dan hubby balik Ipoh. Kat sana, borong pulak barang-barang macam besen mandi baby, bakul nak pegi hospital, termos dan memacam la yang beso-beso nih. Nak cari kt KL memang tak dapat harga tu, so kedai-kedai old school ni jugak yang murah kalau kita rajin mencari hehe. Mak mertua mak long ikut sekali masa tu, so mak long serahkan kt dia je la tlg advisekan. Mana lah mak long tau sangat bab-bab tu.
Ha..okay lah ye. Excited pulak bila citer bab-bab ni kan. Mak long stop di sini dulu. Insya Allah ada masa sambung lagi..tata~
Comments