Skip to main content

Assalamualaikum Dunia...

28 Julai 2013, jam 4.48 petang dia lahir ke dunia. Tangisannya diringi azan yang berkumandang dari radio di Operation Theatre Hospital Seberang Jaya. Pada ketika itu mak long tahu penantian itu sudah berakhir. Meluap-luap perasaan ingin melihat si kecil itu namun mak long diminta bersabar dahulu oleh nurse. Mak long terlelap sejenak sehinggalah dikejutkan oleh suara lembut memintak mak long membuka mata melihat dan mengucup beliau. Allahuakbar, comelnya si dia, mirip ayahnya dan memang satu 'geng' dgn ayahnya pun hehe. Beliau dibawa keluar ke wad bersalin kerana degupan jantungnya agak tinggi dan mak long sekali lagi tertidur dan dipersiapkan untuk di bawa masuk ke wad.

Kini, dia - Rayyan Syahmi sudah berusia 4 bulan. Seperti baru semalam segalanya berlaku. 27 Julai 2013, ketika itu Ramadhan berbaki 12 hari lagi. Pada hari itu, sewaktu bangun bersahur, Rayyan sudah memberi isyarat yang dia ingin keluar melihat dunia. Setelah kekerapan contraction semakin menjadi-jadi, mak long pun mempersiapkan diri utk ke hospital. Mak long dijangka akan bersalin pada malam itu jugak berdasarkan semua tanda-tanda bersalin yang dialami. Tetapi kuasa Allah tetap melangkaui perancangan manusia. Tidak pernah terlintas yang  mak long akan bersalin secara ceaser disebabkan second stage pro-long labour yang mana kes ceaser ini ditreat as emergency case. Dengan keadaan mak long yang dah sangat lemah dan heart-beat baby yang dah semakin rendah, itulah yang terbaik yang telah Dia rancangkan. Sewaktu ditolak ke bilik pembedahan, sempat mata mak long melirik pada wajah-wajah sayu mama, ayah, suami mak long dan adik mak long. Tiada apa yang mampu terucap, hanya doa mereka yang mak long harapkan dan baby selamat dilahirkan.

Menjelang waktu magrib, Rayyan dipertemukan semula dengan mak long. Subhanallah, inilah dia permata hati yang dinanti-nanti. Terlalu banyak yang ingin mak long ceritakan tapi sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Syukur ya Allah, Alhamdulillah. Di atas semua kesakitan dan kesulitan yang dilalui syukur di atas anugerah yang Engkau berikan ini. Dan Rayyan, adalah amanah dariMU. Bantulah kami mendidiknya menjadi insan yang mulia di sisiMu, semulia namanya, Ar-Rayyan - pintu syurga khusus bagi orang-orang yang berpuasa. Amin~

28  Julai 2013, Rayyan Syahmi.

Comments

Rahayu Niza said…
hehe thank you kak aida..alhamdulillah

Popular posts from this blog

Breaking Fast @ The Coast, Alamanda Putrajaya

I was so excited that Sunday evening. Maklum la, lama tak jumpa member2 MBA. Really miss all those good old days with you guys. Most of us already completed the course and struggling with our thesis project right now. Ada jugak yg dah siap .. huhu caya la! Actually gathering ni dah beberapa kali ditunda sebab ramai yg tak dapat dtg before. Finally, everyone agreed to meet on Sept, 30. Reached Alamanda earlier than anyone else, I guessed. Nobody was at the restaurant yet. Sementara nak tunggu semua org datang , pegi la check our reservation dgn waiter kat situ Hmm .. menarik jugak . Nice and strategic location. 15 minutes passed. Started to sms those who'd confirmed to come. Mane sumer org nih? At the end, there were only 5 of us. Me, Kak June, Kak Gee, Maz and wife - Madiha and their little cute baby boy. Huhu kinda of upset but it's ok . We enjoyed the little gathering. Thank you Maz for treating us all :)

Istimewanya Camellya Gold Beauty Care di mataku

Assalamualaikum w.b.t. Hari tu mak long dah share kan apakan intipati kandungan yang terdapat dalam Camellya Gold Beauty Care ni dan apa pula fungsi setiap bahan yang digunakan itu. Hari ni mak long nak cerita kebaikan dan kelebihan jika kita  menggunakan set ini secara konsisten dan berterusan. DEEP ACTION CLEANSER 6OMLS Keistimewaan: Melembutkan Menghaluskan dan melicinkan kulit muka Membantu menghilangkan jerawat dan kedutan kulit Kulit lebih berseri dan bermaya Wangian yang sangat segar dari extract rose oil Khasiat yang sangat berkualiti dari extract sireh  WHITENING & MOISTURIZING TONER Keistimewaan: Menutup liang-liang roma muka yg terbuka Menapis kotoran. Menjadikan tekstur kulit Licin Menghilangkan bekas jerawat dan sel-sel kulit muka yang telah mati Menyegarkan kulit muka Wangian lembut dari extract tea tree dan double apple stem cell DAY PERFECTION CREAM SPF 30 Keistimewaan : Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB. Me...

Women are stupid?

Woo woo..hold on girls. Don't get so emotional. It a question mark, not a statement. This topic actually came out of my head when I was watching Bulletin Utama while having my dinner this evening (Bad habit for those on diet: Eating while watching tv ). A girl, at K. Terengganu wanted to jump from a hotel roof after an argument with her boyfriend. This fellow scolded her for not telling him that she went back to her hometown ( Kes merajuk ler ni lepas kena marah ). Why arr...some women like to do stupid things like this. A 'self- destruction ' I would say. Why did she choose to kill herself instead of killing the guy that broke her heart? Kill him first la, then only kill your self (Ada berani ?). Huhuh ...I'm just kidding guys! Actually my point here is, why do you want to hurt your self. He won't lost anything. He could find another new girl friends. And you? Buried underground. I remember during my school time, my ustaz said, those who committed suicide ...