Assalamualaikum...
Hehe I'm back! Seronok baca blog orang, baru lah rasa nak mengupdate blog sendiri pulak. Ye tak? Hujung-hujung tahun macam ni tak berapa banyak sangat kerja dah kat office. All those major things banyak yang dah disetelkan, syukur alhamdulillah atas segala pertolonganMu. Lunch time pun dah jarang keluar, so ni la masanya nk update blog.
Hari ni mak long nak cerita pasal Rayyan yang dah masuk lima bulan. Hari Isnin lepas bawak dia ke klinik untuk suntikan imunisasi dos ke tiga. Erk saspen juga, tapi dia okay, macam masa cucuk 3 bulan aritu pun dia tak menangis. Alhamdulillah, dia juga tak demam, mak long doakan kesihatannya sentiasa berpanjangan dengan izin Allah. Walaupun berat dia tak naik banyak, yang penting dia sihat, BMI masih normal. Orang tua-tua kata budak tengah lasak. Yang tu memang mak long setuju. Memang kena sentiasa pantau, walaupun dia belum boleh merangkak, tapi dah boleh menyusur ke depan ke belakang dan boleh bergolek-golek dari hujung sana ke hujung sini. Ibu (pengasuh) dia pun cakap rayyan dah kurang tido. Mana taknya busy nak explore all sort of things. Sekarang Rayyan dah cuba-cuba angkat punggung dan tegakkan tangan. Tak sabarnyer nak tengok dia merangkak pulak hihihi...Makin slim la mama dan papa dia nanti ya?
Bulan depan mak long dan hubby plan nak balik ke Penang dan next trip
nak balik ke Ipoh. Ahh..memang boleh dibayangkan betapa mak tok-tok wan dan opah-atok akan teruja dengan segala keletahnya. Berbeza semasa dia berusia 2 bulan dahulu, pertuturannya seperti ada butir-butir walaupun tidaklah dapat difahami butir bicaranya hehe. Sekarang ni juga peringkat nak masukkan semua benda ke dalam mulut dan menggigit. Jadi mak long dan papa Rayyan pun beli baby teething toy supaya dia tak la menggigit jari dia sangat. Tapi, dia macam geram bila gigit benda tu. Dah geram, dia menangis hihihi...so kena la ambik benda tu cepat2 once dah perasan dia macam nak start menangis.
Bercerita pasal anak, memang seronok sampai tak ingat benda lain dah :P. Untuk new mommy macam mak long ni banyak benda lagi yang nak kena belajar dan adapt. It's true there's no 'Me Time' anymore, tapi itulah saat-saat yang berharga dalam hidup seorang ibu. Our baby will never turn his age back. We may someday miss his bubbly face, his 'booo beeeee baaaa's talk or perhaps his toothless grin. So why bother that you don't have the time for yourself anymore? Niatkan segalanya kerana Allah. We're now preparing our future khalifah and our 'saham' for akhirat. So, treasure the moment and enjoy it!
Ni dia hero mak long hehe... |
Comments