Bismillahirrahmanirrahim.
Tengok tajuk macam sangat cliche, so overly familiar hehe. Tapi takpa lah, it's just a title, what's more important is what I'm going to do in my 2014's resolution. Hari ni mak long nak citer pasal coffee. Coffee has always been one of my favourite drinks. Bermacam-macam brand mak long dah cuba and among the best is Radix tapi dah lama mak long tak minum since pregnant last year. Yang kedua mak long suka Old Town White Coffee (of kos yang sejuk la). Yang tu walaupun pregnant, tetap minum. Alhamdulillah baby dalam perut tiada apa-apa reaksi yang pelik. So, keep on minum, dan selalu kacau hubby pepagi ajak cari kopi tu time weekend.
Masa dalam pantang, cuba-cuba minum kopi keluaran FAMA Premix Coffee with Habbatus Sauda'. Tgk effect pada baby, alhamdulillah tiada apa. Nak kata baby tak boleh tido, time tak minum kopi pun masa dalam pantang dulu dia tetap bangun malam-malam utk menyusu. Dah habis tempoh berpantang, bertambah lagi koleksi kopi mak long termasuk la LA Coffee dan De Folia Coffee (Sendayu Tinggi). Kopi O tak payah kira lah, tu menu wajib mak mertua mak long buat utk mak long tiap kali mak long balik Ipoh (erk mak mertua yg buat!).
Tiba tiba sejak akhir-akhir ni mak long asyik terbaca tentang makanan/minuman yang perlu dielakkan bagi ibu-ibu yang menyusu. Antaranya termasuklah minuman berkafien seperti kopi dan teh :( Pernah juga dulu ex officemate mak long terkejut tengok mak long minum kopi dan katanya tak takut susu berkurangkah? Erk tak tahu mak long nak jawap sebab tiada apa kesan pun dari penghasilan susu ni. Setiap hari mengoogle mencari pendapat yang boleh 'menyedapkan hati' untuk tetap meminum kopi, tapi mestila jumpa byk 'Cons' dari yg 'Pros' nyer kan. Antara artikel yang menarik perhatian mak long adalah tulisan Dr. Zubaidi yang menyenaraikan 4 jenis makanan/minuman yang perlu dielakkan oleh ibu yang menyusu iaitu :
1) Makanan laut bermekuri tinggi spt ikan yu, tenggiri yang akan merosakkan otak dan sistem saraf bayi. Disarankan memakan makanan laut bermerkuri rendah seperti udang, tuna, ikan air tawar dan salmon
2) Makan terlalu banyak buah-buahan sitrus seperti limau, lemon, oren yang boleh menganggu sistem usus dan penghadaman bayi yang belum matang dan boleh juga menjadi punca ruam lampin. Disarankan makan buah-buahan tropika. Surprise to know this!
3) Makanan yang diketahui boleh mendatangkan alahan (takde pulak contoh yg diberi)
4) Alkohol Memang lah!
5) Minuman bercaffeine seperti KOPI, teh, minuman ringan, minuman tenaga dan minuman bercoklat boleh menyebabkan gangguan kepada tidur bayi.
5) Minuman bercaffeine seperti KOPI, teh, minuman ringan, minuman tenaga dan minuman bercoklat boleh menyebabkan gangguan kepada tidur bayi.
Jadi, mulai pada hari ini, mak long telah tidak meminum kopi. Kalau nak minum pun weekend je. Boleh lah yer? So, itu la azam mak long pada tahun 2014 ini. Sekian.
Comments