Skip to main content

Short weekend at Penang

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari Jumaat lepas, bersempena cuti umum Thaipusam, Rayyan balik ke Penang bersama mak long dan papa Rayyan. He was only 2 month old when he left Penang for the first time. Sehari sebelum balik ke Penang, Rayyan demam. Suhu mencecah 37.4, risau juga mak long nak bawak travel. Tapi bila keep on 'jelum' (bahasa orang penang) dengan air, keesokkan harinya suhu Rayyan pun turun. Tapi mak long dan papanya tetap bawa Rayyan ke klinik Alhamdulillah dia dh beransur pulih. Dalam kereta Rayyan main-main kejap je, banyak tido. Mak long tetap basahkan kepala dia di sepanjang perjalanan 4 jam itu. Alhamdulillah jalan tak jem, cuma ada la empat lima enam kereta yang bikin onar di lebuh raya. Kereta smart, tapi IQ drivernya tak berapa smart..huhu.

Mak ngah, pak ngah dan kakak Qaisara pun dah ada kt Penang waktu kami bertiga sampai. Disebabkan Rayyan demam, dia macam tak berapa aktif sangat. Tapi tetap tunjuk la skill duduk dan merangkak dia tu kt mak tok dan tok wan. Cumanya mulut tak berapa nk bising macam selalu. Malam time tido pun Rayyan bangun menangis dan merengek. Beberapa kali dia bangun. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Cuma kali ini dia demam tanpa selesema dan batuk. Kalau ada dua pakej tu, Allahuakbar tak sanggup rasanya melihat dia macam tu. 

Hari Sabtu berlalu dengan acara makan-makan kt luar dan hari Ahad, Alhamdulillah Rayyan kembali sihat dan ceria. Seronok betul dia waktu jalan-jalan naik kereta tok wan. Habis dikacau mak toknya. Penat main, bila nak dekat sampai kt Mee Udang Sungai Dua, dia terus tertido. Hoho..so mak long tunggu mee siap baru la kuar dari kereta. Papa Rayyan memang teringin sangat nak try mee udang kat situ sebab ramai kawan-kawan dia rekemen. So hari tu terlaksanalah impian dia :). Setelah puas berehat, petang tu kami bertolak semula ke Cyber. Insya Allah, pasti kami akan pulang lagi.

Comments

Zai Zamree said…
Sm la...kami pon dok jelum kepala Aqil ja ms dia demam ritu.Demam tinggi sgt smpai 38.5 dh
Rahayu Niza said…
Rayyan selesema pulak..kena ujan uwaa..

Popular posts from this blog

Breaking Fast @ The Coast, Alamanda Putrajaya

I was so excited that Sunday evening. Maklum la, lama tak jumpa member2 MBA. Really miss all those good old days with you guys. Most of us already completed the course and struggling with our thesis project right now. Ada jugak yg dah siap .. huhu caya la! Actually gathering ni dah beberapa kali ditunda sebab ramai yg tak dapat dtg before. Finally, everyone agreed to meet on Sept, 30. Reached Alamanda earlier than anyone else, I guessed. Nobody was at the restaurant yet. Sementara nak tunggu semua org datang , pegi la check our reservation dgn waiter kat situ Hmm .. menarik jugak . Nice and strategic location. 15 minutes passed. Started to sms those who'd confirmed to come. Mane sumer org nih? At the end, there were only 5 of us. Me, Kak June, Kak Gee, Maz and wife - Madiha and their little cute baby boy. Huhu kinda of upset but it's ok . We enjoyed the little gathering. Thank you Maz for treating us all :)

Women are stupid?

Woo woo..hold on girls. Don't get so emotional. It a question mark, not a statement. This topic actually came out of my head when I was watching Bulletin Utama while having my dinner this evening (Bad habit for those on diet: Eating while watching tv ). A girl, at K. Terengganu wanted to jump from a hotel roof after an argument with her boyfriend. This fellow scolded her for not telling him that she went back to her hometown ( Kes merajuk ler ni lepas kena marah ). Why arr...some women like to do stupid things like this. A 'self- destruction ' I would say. Why did she choose to kill herself instead of killing the guy that broke her heart? Kill him first la, then only kill your self (Ada berani ?). Huhuh ...I'm just kidding guys! Actually my point here is, why do you want to hurt your self. He won't lost anything. He could find another new girl friends. And you? Buried underground. I remember during my school time, my ustaz said, those who committed suicide ...

My best fren's wedding

"My best friend's wedding" Wow! the best title I could think of for this posting. But of course the plot of the story would be different. Otherwise, I might be in a big trouble..hehe. Enough of that. To Nini & Akbar, again congratulations! May Allah bless both you, happily ever after, hingga ke anak cucu dan cicit..as well as dunia akhirat. Amin. Behind the scene: I went through a horrible nite, the nite where I supposed to travel back to Penang. What happened? Huhu...kena tinggal bas. Bas pukul 11 pm. So I took ERL from Putrajaya to Bandar Tasik Selatan at 10.05 pm. Sampai la kat situ pukul 10.20 pm. Tetiba rasa nk ter..., so I rushed to ladies. By the time I was walking from ERL station to LRT station I saw the train just passed. It was 10.28 pm like that. So tak apa lah, beli lah tiket kat kaunter. Tanya dkt kakak tu, LRT setiap berapa minit. Dia kata 10 minit. So, rasanya 10.40 pm train akan dtg. Tunggu punya tunggu, tetiba perasaan cuak mula menerpa. Dah nk dkt 1...