Assalamualaikum w.b.t,
Err..dah berapa bulan ye tak buat entry. Last post bulan April yang lepas? Ngeee..boleh tahan la juga ye. Kalau nak cerita satu-satu memang tak tertulis. Semuanya telah berlalu begitu pantas. So do Rayyan. Pejam celik, anak bujang mak long ini dah pun berjalan, berlari, dah pandai panggil mama, papa, dah kenal cat, lori, car, cicak dan sekarang start ikut apa yang kita cakap macam "sampai dah....", "ok jom...." dan yang paling best "mama....uk uk..."...hihihi..Oh Rayyan, how fast u've grown up. Dah 1 tahun 3 bulan dah.
Dalam tempoh empat bulan tu juga Rayyan dah dapat dua orang mak sedara sekaligus in August. Pak Cu Hakim dah pun menamatkan zaman bujang dengan rakan sekampusnya. Cik Ja pula dengan rakan seopisnya. Alhamdulillah.
Last two weeks, Rayyan was infected by HFMD. Tak tahu di mana dan bila. Yang pasti bermula bila Rayyan tak baik-baik demam. Hampir 5 hari demamnya. Pada hari ke lima Rayyan menangis tak berhenti, makan tak nak, minum susu pun tak nak. Tido hanya apabila sudah letih. 13 October 2014, pukul 3 pagi kami bergegas ke Hospital Pakar Annur kerana Rayyan menangis teruk sangat. Ingatkan sebab sakit nak tumbuh dua gigi geraham kat belakang sebab pipinya bengkak. Masa tu belum spot lagi bintik-bintik di tapak kaki, badan dan mulut. Siang hari baru perasan ada semua tanda-tanda tu. Pergi pulak ke Klinik Marissa Dengkil untuk sahkan.
HFMD ni, memang tiada ubat yang betul2 boleh cure. Hanya akan pulih sendiri. Doctor cuma bagi ubat demam, ubat sapu untuk ulser dalam mulut tu dan juga spray utk bagi kebas dalam mulut utk membolehkan dia makan atau minum. Tapi, terus terang mak long cakap it didn't really work sebab susah betul nak suruh Rayyan bukak mulut. Tapi Alhamdulillah lah tak sampai dehydrated sebab semangat juang dia kuat. Dia gagahkan diri minum air dan susu yang mak long pam dan letak dalam bekas air (yang ada straw tu). Seminggu mak long EL. Papa Rayyan cuti 2 hari. Syukur Alhamdulillah juga mak tok dan tok wan ada sekali masa tu sebab kebetulan baru lepas attend Convo Pak Cu. So, mak tok & tok wan la tolong sedia makan minum mak long dan papa Rayyan. Kalau nk harap mak long, memang lembik la..hihihi...
Hari ni Alhamdulillah, Rayyan dah sihat seperti sediakala. Semoga kami sekeluarga dan anda semua juga sentiasa dirahmatiNya. Nikmat kesihatan, sesuatu yang tinggi nilainya. Hargailah.
Member baik papa hehe.. |
Comments