Bismillah.
Isnin lepas mak long kena outstation ke Penang. Ahaks, ini la dia program yang sepatutnya berlangsung bulan lepas tapi asyik tertunda. Memandangkan flight yang begitu awal pagi, boss mak long pada mulanya kesian nak suruh mak long pergi (lucky to have boss yang baik macam ni). Tapi disebabkan staff yang dia assign tak dapat pergi, boss terpaksa juga lah suruh mak long ikut dia. Mak long okay aje, In Sha Allah, positifkan diri. Rayyan dah besar dan mudah diuruskan oleh papanya sendirian.
Since flight awal, kul 6.30 am driver akan datang pick-up, kena la bangun kol 5 am. Rayyan pun bangun la kalau dia sedar mama dia takde di sisi hihi. Alhamdulillah perjalan ke air-port smooth. Sampai pun just nice ajer walaupun saspen gak la tengok kereta banyak berduyun-duyun. Pukul 9.30 am kami pun touch down di bumi Pulau Mutiara ku yang tercinta. Sempat la breakfast roti canai jap kat kedai mamak sebelum ke Eastin Hotel (Owh how I miss makan roti canai kat kedai Mamu di Penaga! Orang penang je tau hehe)

Mak long bagitau juga la dkt mama and ayah mak long yang mak long ada kat situ. Tak sangka pulak dalam kul 12 lebih diorang datang ihiks..Happynyer dapat jumpa diorang walaupun sekejap! Event kami habis awal dari yang dijangkakan. Boss mak long nak cuba nasib untuk tukar flight. Kami pun bergegas la ke air-port. Tapi malangnya tak boleh buat pertukaran. Pertukaran time kena buat at least 48 jam sebelum penerbangan. Adoi, jenuh gak la nak menunggu sampai 6.30 petang.
Dalam flight mak long tak boleh langsung nk lelap mata. Walau badan penat camner pun memang tak boleh. Mujur la short distance. Terdengar-dengar juga steward bercakap-cakap dengan passenger yang actually tengah bad weather kat atas sana nun sebelum kami berangkat. Hmm..okay. Bila dah sampai waktu untuk mendarat, baru la terasa ke "bad weather"an nyer tu. Memang bergoncang-goncang la flight. Mak long dah start pening kepala. Nak terkeluar rasanya makanan dalam perut. Memang tahan je la. Kita yang dewasa rasa macam ni, entah macam mana la baby dan budak kecik yang ada dlm flight tu rasa. Masa tu mulalah bayangkan kalau lah diri ini salah seorang daripada mereka yang diuji dengan tragedi yang kita semua sudah maklum. Ahh, ini baru sikit gegarannya. Akhirnya, 7.30 pm sampai at KLIA 2. Legaaaaa...solat jamak di surau jap dan lebih kurang 8.30 sampai di rumah. Rindu sangat pada si kecik itu dan papanya!
P/S: Mak long ni, kalau ada sesuatu event kan, perkara paling banyak difikirkan ialah nak pakai baju apa. Haha! Ini pulak yang nak kena travel. Akhirnya, mak long pilih pakai abaya hitam dan matchkan dengan shawl cream. First time juga ni travel naik flight pakai jubah. Terfikir juga, boleh ke ni? Pakai pulak shawl, tak susah ke? Try je la kan, tapi Alhamdulillah. Rasa selesa, shawl pun memang tak "meragam". Masih menten cun sampai la balik semula ke rumah. I really love it!
Comments