Puding Coctail |
Assalamualaikum w.b.t.
Seperti yang dijanjikan hehe..taraaaaa ni dia puding cocktail mak long! Nampak macam sama je macam agar-agar laici, tapi tak sama yer..acuan je sama. Kihkih. Puding coctail agak berwarna-warni dengan buah-buahan yang lain dan rasanya berlemak sebab ada tepung kastard dan telur. Okay, meh sini mak long share resepinya.
Bahan:
1 peket agar-agar tali
1 tin susu cair
1 tin buah-buahan cocktail (buah dan air diasingkan)
5-6 sudu besar gula
5 cawan air
1 biji telur (dibuang pusatnya untuk elakkan hanyir)
1 sudu makan tepung kastard
Cara:
1. Masukkan telur dan tepung kastard ke dalam satu bekas, pukul sehingga kembang dan tiada ketulan-ketulan tepung. Ketepikan.
2. Masak agar-agar dengan air serta gula sehingga mendidih
3. Setelah agar-agar hancur, tapis
dan masukkan semula dalam periuk tadi (kalau pakai agar-agar serbuk tak
payah la tapis dh)
4. Perlahankan api dan masukkan susu cair
5. Setelah dikacau sebati, masukkan pula telur dan tepung kastard yang telah disatukan tadi. Kacau untuk mengelakkan ketulan.
6. Masukkan air buah-buahan.
7. Akhir sekali masukkan buah-buahan cocktail tadi, kacau dan tutup api.
8. Tuangkan ke dalam bekas kesukaan anda.
9. Biarkan sehingga wap dan kepanasan berkurang, kemudian masukkan dalam peti ais untuk disejukkan sehingga keras.
Siap dihidang. Ni memang favourite Rayyan. Layan petang-petang sementara nak tunggu dinner malam nanti hehe.
Selamat mencuba.
Comments