Bismillahirrahmanirrahim.
Project weekend. Ni hubby mak long la yang cadangkan untuk buat Puding Jagung. Resepi ni actually menggunakan agar-agar. Kebanyakkan resepi mak long tengok langsung tak guna agar-agar, lebih ke tepung kastard. So ni version mak long punya yer.
Bahan:
1 peket agar-agar tali
1 tin jagung cream
1 tin susu cair
5 cawan air
8-10 sudu besar gula
4 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila (optional)
Secubit garam
Cara-caranya:
1. Tepung kastad, telur dan susu cair disatukan. Pukul hingga sebati. Ketepikan
2. Masak agar-agar dengan air serta gula sehingga mendidih
3. Perlahankan api dan masukkan bancuhan susu cair, tepung kastard dan telur tadi.
4. Masukkan jagung. Kacau dalm 5-7 minit.
5. Tuangkan ke dalam bekas kesukaan anda.
6. Biarkan sehingga wap dan kepanasan berkurang, kemudian masukkan dalam peti ais untuk disejukkan sehingga keras.
Rasanya? Memang mervellous. Hehe. Nak dijadikan cerita semalam mak tok dan tok wan Rayyan datang sebab nak melawat tok nek Rayyan di Puncak Alam. Memang rezeki lah...hehehe.. Alhamdulillah.
Comments