Assalamualaikum w.b.t
Hampir seminggu mak long batuk dan selesema. Masih lagi. Bermula dari Rayyan yang selesema kemudian jangkit kt papa dia. Last sekali baru mak long, dan yang pastinya yang paling lama la nak baik hehe. Kira dah sehabis bertahan la tu kan antibodi, akhirnya orang terakhir yang kena.
Since dari Jumaat lepas, Rayyan demam on and off. Bulan ini Rayyan dah cukup 1 tahun 6 bulan. Mak long dan papa Rayyan dah plan nak bawak dia cucuk la dan sambung dengan cuti Thaipusam (wow 4 hari cuti straight). Keadaan Rayyan yang kejap demam, kejap okay memang sukar diramalkan samada plan tu akan berjalan lancar ke tidak. Masa kami gi klinik Marissa kat Dengkil, Doctor pun nasihatkan tangguhkan dulu kalau dia demam kerana dikhuatiri demam dia akan berlarutan. Mak long tanya gak la kt Doc if Klinik Marissa ada buat suntikan tu? Doc kata, suntikan tu hanya boleh didapati di klinik kesihatan kerajaan dan yang sewaktu dengannya. Antara yang beliau cadangkan Hospital Az-Zahrah. Hmm..mak long berserah je la kan.
Alhamdulillah ditakdirkan pada hari kami buat appointment untuk cucuk kat Klinik Kesihatan Dengkil, Rayyan sihat walafiat. Syukur Allah. 2 Februari 2015, Rayyan bangun pagi dengan cerianya, breakfast pun nak makan. Kalau tak, dah dua hari dia asyik minum susu jer. So mission accomplished. Alhamdulillah.
Mission kedua pulak, pada sebelah petangnya seperti di bawah.....hehehe....
Introducing one of our new product Instant Wide Shawl available from Mamayu Collections. Supplier mintak mak long buat tutorial cara pemakaian shawl nih. Hehe, tima kasih bebanyak kat papa Rayyan bersusah payah shoot..cewah! Tu kalau amik gambo full tu, mesti nampak Rayyan kat bawah tengan tarik-tarik baju. Dia ingat mama dia nak gi jenjalan mana la tak bawak dia kehkeh...
Testimoni tentang shawl ni, dah nama pun instant, memang senang la nak pakai. Labuh pun labuh menutup dada sebab dia macam wide shawl la juga, panjang 2 meter. Mak long memang suka sangat nampak beralun-alun kat dada tu. Kekadang kalau pakai shawl biasa tak jadi pun macam gitu hihihi. Muncung kat atas pun mudah dibentuk sebab material kainnya adalah heavy chiffon. Sebab tu la mak long suka :)
Testimoni tentang shawl ni, dah nama pun instant, memang senang la nak pakai. Labuh pun labuh menutup dada sebab dia macam wide shawl la juga, panjang 2 meter. Mak long memang suka sangat nampak beralun-alun kat dada tu. Kekadang kalau pakai shawl biasa tak jadi pun macam gitu hihihi. Muncung kat atas pun mudah dibentuk sebab material kainnya adalah heavy chiffon. Sebab tu la mak long suka :)
Anyway, thank you darling hubby and my lil Rayyan. Both of you are my strength to move forward. In Sha Allah. Doakan mak long berjaya dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal A'lamin.
Comments