Subhanallah.
4 bulan tanpa sebarang post. Jarang sungguh menjenguk ke blog kerana mak long lebih banyak buat posting di FB. Banyak benda dalam kepala yang nak ditulis tapi tak terluah, cewah.
Anyway, mak long nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi menjengah ke blog mak long yang serba kekurangan ini. Memang sangat sibuk masa Ramadhan yang lalu. Shawl jualan mak long memang mendapat permintaan yang ramai. Harga yang amat berpatutan, beli satu memang tak cukup nak bergaya. Kebanyakan customer memang akan beli lebih time nak raya tu.
Dalam tempoh itu juga mak long ada venture into a new beauty product. Bermula sebagai pengguna tetapi lepastu upgrade diri menjadi Agen untuk product Camellya Gold Beauty Care. Alhamdulillah, last month mak long diumumkan sebagai Top Agent of the month kerana berjaya memecah target yang telah ditetapkan oleh HQ.
Apa itu Camellya Gold Beauty Care? Mesti ramai yang belum pernah mendengar tentang set penjagaan wajah yang sangat istimewa ini sebab ia masih baru di dalam pasaran tapi sedang melonjak naik kerana permintaan sedang meletup-letup sekarang ni. Set beauty ini ialah set penjagaan wajah yang diformulasikan di France tetapi keluaran 100% bumiputera muslim. Ia bersumberkan hanya bahan-bahan organik yang bebas dari sebarang bahan kimia malah sangat selamat, halal dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sepanjang April lepas ia bersiaran di TV1, kemudian di Astro Awani, Metro dan next radio Sinar.
Kat FB mak long memang dah banyak la mak long bercerita pasal keistimewaan dan manfaat produk ni. Nak tahu lebih lanjut boleh rujuk kat FB page mak long yang dicreate khas untuk pencinta produk natural skin care. Boleh singah-singah dan like ye Rahsia Wajah Awet Muda Cerah Berseri
Alhamdulillah, niat mak long untuk membantu menyebarkan manfaat produk kulit tanpa perlu merisikokan diri dengan bahan kimia seakan nampak hasilnya. Malah mak long ingin sama-sama berkongsi rezeki bersama mereka yang ingin menambah pendapatan.
Antara bahan premium yang diimport khas dan digunakan dalam produk ini ialah Double Apple Stem Cell, Extact Rose Oil dan Tea Tree mampu merawat 3 masalah utama wanita iaitu JERAGAT, JERAWAT & PENUAAN SEBELUM USIA.
Produk ini memang setaraf dengan jenama antara bangsa tau. Antara customer mak long yang dah guna produk ni pun bukan calang-calang orangnya malah mereka lebih rasa berbaloi kerana tak perlu susah-susah kuarkan duit utk produk antarabangsa yang mahal kerana produk muslim kita pun tiada kurang hebatnya. Syukur.
Okay la rasanya kita bagi intro takat tu la dulu. Nanti mak long cerita lagi ya. In Sha Allah.
Salam sayang untuk semua.
Comments