Skip to main content

Al-kisahnya Raya

Salam! Apa kabar semua? Dah abis raya ke belum ni? Hmm..raya saya di kampung dah abis. Tunggu nak sambung raya di KL pulak. Any open house invitation? Hehe...Boleh dikatakan raya tahun ni paling byk kami sekeluarga menziarah sedara-mara dan rakan taulan. Ok, sebelum sambung cerita raya, kita citer dulu pasal sebelum raya.

18 September 2009
Saya balik kampung ditemani ayah. Alhamdulillah jalan tak jem kecuali selepas keluar dari tol Juru. Lebih kurang satu jam jugak. Rupa-rupanya ada accident di area depan masjid Sbrg. Jaya. Hampir pukul 3 petang baru sampai di rumah. Petang tu saya cuma sempat buat biskut choclate chip. Lepas balik dari terawikh saya bertugas di bahagian membalut ketupat palas. Mama sibuk di dapur bakar kek gula hangus dan kek pelangi. Wow! Hehe..

19 September 2009

Sehari sebelum raya, lagi la sibuk di dapur membuat persiapan rendang dan serunding. Menu tetap, rendang daging dan serunding ikan bilis. Dulu masa arwah tok belah mama masih ada, dialah yang selalu buat serunding ikan bilis ni. Tapi, sekarang kenalah wat sendiri. Bila dah malam, isi kuih raya dalam balang dan final kemas2 rumah.

20 September 2009

Hari kemenangan bagi ummat Islam. Macam biasa kami sekeluarga akan tunaikan solat sunat aidilfitri di surau kampung dkt belakang rumah. Alhamdulillah, surau tu dulu surau kayu ja. Sekarang dah buat simen. Dulu kalau nak sujud jer, gedebum-gedebam bunyi lutut2 para jemaah mencecah lantai kayu tu. Lepas tu, balik umah untuk sesi bersalam-salaman. Kemudian diikuti dengan ziarah menziarah sedara mara termasuk la ke pusara arwah tok dan tokwan.

21 September 2009

Hari raya kedua selalunya mama akan masak special sebab ramai sedara dan sahabat yang akan datang ke rumah. Tahun ni kami buat Nasik Daging. Nasik daging memang femes di utara sebab kelazatannya makan bersama 'Air Asam' dan Daging Masak Merah. Ada juga yang masak daging sekali dalam nasik. Ikut ler kreativiti memasing, yg penting sedap.

Antara tetamu kami pada tahun ni ialah seorang sahabat yg kempunan tak dapat datang last year, Encik Iskandar. Kak Fid berserta putra putri mereka - Imran dan Fatin pun ada (Jgn mare gurau ja :P) Last sekali diorang datang thn 2003/2004 , masa tu baru la sgt kawen. Sekarang dah bertambah anggota, alhamdulillah. Malam, kami ke Sg. Petani, melawat keluarga mak ngah.

22 September 2009
Raya ketiga, saya dah book siap2. Apalagi kalau bukan aktiviti berkonvoi ke umah kawan2 la pulak. Mana aci asyik layan tetamu ja :P Ada 2 open house, umah D di Tasek Gelugor dgn umah Boss di Kepala Bataih. Malam pulak ada kenduri anak sepupu ayah di Dewan Pak Lah kat Bagan. Murah rezeki betul arini.

23 September 2009
Arini buat apa ya? Tak ingat.

24 September 2009
Hari terakhir di Penang. Masak spaghetti. Bukan untuk tetamu, tapi sendiri yang makan hehe. Arini sibuk pack2 kuih raya dan kek. Esok kami sekeluarga akan berangkat ke KL, beraya di umah Ngah. Rendang dan ketupat semua angkut sekali!

25 September 2009
Bertolak ke KL lebih kurang pukul 11 lebih. Sekali lagi jem di tol Juru. Tolonglah ye, pihak berwajib. Sila buat sesuatu. Petang, kami semua berkumpul di umah Ngah. Bagaikan menyambut hari raya pertama sekali lagi hehe. Tido sana mlmnye.

26 September 2009
Hari ni pulak family Faiz datang beraya di sini. So kami lunch dengan laksa johor mak faiz yang marvelles. Huhuh..sedap! Ngah, lepas bersalin nanti ajor kami.

27 September 2009
Mama ayah balik Penang semula. Uhuk sedih :(
Begitulah kisah raya saya tahun ini. Agak berlainan, tapi masih meriah. Sorry la kalau posting kali ni byk gambo makanan. Tapi raya ni memang saya makan banyak pon hihi. Ok, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

Comments

buzzy said…
tak sempat nak beraya umah akak..2nd raya dah balik KL..

tp duit raye tetap mau calim yer :D
Rahayu Niza said…
owh takper...hehe.kalau kasi duit kat facebook buleh jugak kan?
buzzy said…
alaa takmo la fesbuk punye..tak best?

meh nak add akak kat fesbuk.
Huhuhu... tahun ni.. Zue sempat beraya sebuah rumah ja... itu pun raya kelima... kesian Zue kan ...
Rahayu Niza said…
kesian zue..naper yg sibuk sgt tuh...

Popular posts from this blog

Breaking Fast @ The Coast, Alamanda Putrajaya

I was so excited that Sunday evening. Maklum la, lama tak jumpa member2 MBA. Really miss all those good old days with you guys. Most of us already completed the course and struggling with our thesis project right now. Ada jugak yg dah siap .. huhu caya la! Actually gathering ni dah beberapa kali ditunda sebab ramai yg tak dapat dtg before. Finally, everyone agreed to meet on Sept, 30. Reached Alamanda earlier than anyone else, I guessed. Nobody was at the restaurant yet. Sementara nak tunggu semua org datang , pegi la check our reservation dgn waiter kat situ Hmm .. menarik jugak . Nice and strategic location. 15 minutes passed. Started to sms those who'd confirmed to come. Mane sumer org nih? At the end, there were only 5 of us. Me, Kak June, Kak Gee, Maz and wife - Madiha and their little cute baby boy. Huhu kinda of upset but it's ok . We enjoyed the little gathering. Thank you Maz for treating us all :)

The Mysterious Card's Sender...

Remember I did mention about ‘a card’ which I found at my hometown last 2 weekends? Heheh..taraaaa…..let’s look a little bit closer….It’s me! I sent the Raya Card to my mom and dad…probably I was in standard 1 at that time. I read the card with my mom and both of us couldn’t stop laughing…so cute..hehe. The 'ucapan' seemed so small. So I write it here..:) "Assalamualaikum mama dan ayah. Bila Hari Raya nanti buatlah kuih banyak-banyak. Boleh lah kita makan sama-sama. Mama cuti nanti Ayu nak tidur rumah tok OK! Ku himpun sepuluh jari meminta maaf kepada ayah dan ibu" Kat sampul surat siap ada pantun, aduih... "Isnin dahulu baru Selasa Senyum Dulu baru buka" P/S: Buat kuih banyak2 tu tak tahan! kah kah..happy nya jadi kanak-kanak...

Women are stupid?

Woo woo..hold on girls. Don't get so emotional. It a question mark, not a statement. This topic actually came out of my head when I was watching Bulletin Utama while having my dinner this evening (Bad habit for those on diet: Eating while watching tv ). A girl, at K. Terengganu wanted to jump from a hotel roof after an argument with her boyfriend. This fellow scolded her for not telling him that she went back to her hometown ( Kes merajuk ler ni lepas kena marah ). Why arr...some women like to do stupid things like this. A 'self- destruction ' I would say. Why did she choose to kill herself instead of killing the guy that broke her heart? Kill him first la, then only kill your self (Ada berani ?). Huhuh ...I'm just kidding guys! Actually my point here is, why do you want to hurt your self. He won't lost anything. He could find another new girl friends. And you? Buried underground. I remember during my school time, my ustaz said, those who committed suicide ...