Skip to main content

Reinvention : I don't know what to name it



Assalamualaikum.

Hehe..ini pun project weekend jugak. Sebenarnya mak long lupa pulak ape ke nama resepi nih. Actually mak long invent sikit dari resepi Chef Hanieliza. Resepi asal, ada buah gajus. Tapi, kat dapur memang takde la buah gajus, kecuali kalau orang bagi time balik haji atau umrah hehe. Tak kisah la nama ape kan, yang penting sodap. Okay resepi ni untuk makan 2 orang. Tapi sekali makan jer la hehe. Kalau nak byk, just double kan ler bahan-bahan kat bawah ni.

Bahan
1. Ayam dipotong2 kecil. Nak senang beli jer chicken fillet yg isi je tuh
2. 5 tangkai cili kering dipotong-potong
3. Bawang putih, bawang merah, dan halia (yang ini mak long memang dh siap blend buat stok, so mak long just masukkan sesenduk jer)
4.Sedikit tepung jagung
5. Garam
6. 3 sudu sos tiram
7. 1 sudu besar sos cili
8. 2 sudu besar sos tomato
9. Sedikit air
10. 2 sudu besar kicap manis
11. Capsicum hijau dan merah
12. Sedikit gula

Cara
1. Gaul ayam dengan garam dan tepung jagung. Goreng dan ketepikan
2. Goreng cili kering dan ketepi kan bila dh agak garing
3. Tumis bahan kisar sehingga naik bau
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, kicap, garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan sedikit air, jangan terlebih sgt air. Agak2 la just tak nak bagi kering sangat jer
6.  Bila dah naik aroma dan semua dah sebati, masukkan ayam dan capsicum. 
7. Masukkan juga cili kering yang dah digoreng tadi. Tak payah lama sangat masak sumer ni, asal sumer bahan dah bersalut boleh tutup api

Dah siap..sangat mudah. Tapi, sedap. Ada la kelainan sikit. Kalau tidak asyik2 ayam goreng je kan. Tak pun sup ayam. Yang ini Rayyan dan papa dia memang suka la sangat. Malam tu mak long kena repeat buat sekali lagi sebab buat siang punya tu tak cukup...kihkih. 

Alhamdulillah, syukur. Rasa puas bila dapat sajikan makanan untuk orang yang tersayang dengan air tangan sendiri.Sambil-sambil tu lafazkan zikir Ya Latif, semoga orang-orang yang kita sayang ini Allah lembutkan hati mereka menerima hidayah dariNya, mudah dan ringan nak buat hal-hal agama. In sha Allah. Amin.

Comments

Zai Zamree said…
byk menu dok keluaq...boh byk2 kit.leh try
Rahayu Niza said…
haha tu la cik zai...tetiba rajin semacam pulak nih. hehe in sha Allah nnt tetiba terajin lagi kami post resepi lagi..

Popular posts from this blog

Breaking Fast @ The Coast, Alamanda Putrajaya

I was so excited that Sunday evening. Maklum la, lama tak jumpa member2 MBA. Really miss all those good old days with you guys. Most of us already completed the course and struggling with our thesis project right now. Ada jugak yg dah siap .. huhu caya la! Actually gathering ni dah beberapa kali ditunda sebab ramai yg tak dapat dtg before. Finally, everyone agreed to meet on Sept, 30. Reached Alamanda earlier than anyone else, I guessed. Nobody was at the restaurant yet. Sementara nak tunggu semua org datang , pegi la check our reservation dgn waiter kat situ Hmm .. menarik jugak . Nice and strategic location. 15 minutes passed. Started to sms those who'd confirmed to come. Mane sumer org nih? At the end, there were only 5 of us. Me, Kak June, Kak Gee, Maz and wife - Madiha and their little cute baby boy. Huhu kinda of upset but it's ok . We enjoyed the little gathering. Thank you Maz for treating us all :)

Women are stupid?

Woo woo..hold on girls. Don't get so emotional. It a question mark, not a statement. This topic actually came out of my head when I was watching Bulletin Utama while having my dinner this evening (Bad habit for those on diet: Eating while watching tv ). A girl, at K. Terengganu wanted to jump from a hotel roof after an argument with her boyfriend. This fellow scolded her for not telling him that she went back to her hometown ( Kes merajuk ler ni lepas kena marah ). Why arr...some women like to do stupid things like this. A 'self- destruction ' I would say. Why did she choose to kill herself instead of killing the guy that broke her heart? Kill him first la, then only kill your self (Ada berani ?). Huhuh ...I'm just kidding guys! Actually my point here is, why do you want to hurt your self. He won't lost anything. He could find another new girl friends. And you? Buried underground. I remember during my school time, my ustaz said, those who committed suicide

The Mysterious Card's Sender...

Remember I did mention about ‘a card’ which I found at my hometown last 2 weekends? Heheh..taraaaa…..let’s look a little bit closer….It’s me! I sent the Raya Card to my mom and dad…probably I was in standard 1 at that time. I read the card with my mom and both of us couldn’t stop laughing…so cute..hehe. The 'ucapan' seemed so small. So I write it here..:) "Assalamualaikum mama dan ayah. Bila Hari Raya nanti buatlah kuih banyak-banyak. Boleh lah kita makan sama-sama. Mama cuti nanti Ayu nak tidur rumah tok OK! Ku himpun sepuluh jari meminta maaf kepada ayah dan ibu" Kat sampul surat siap ada pantun, aduih... "Isnin dahulu baru Selasa Senyum Dulu baru buka" P/S: Buat kuih banyak2 tu tak tahan! kah kah..happy nya jadi kanak-kanak...