Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Rayyan turns to five months

Assalamualaikum... Hehe I'm back! Seronok baca blog orang, baru lah rasa nak mengupdate blog sendiri pulak. Ye tak? Hujung-hujung tahun macam ni tak berapa banyak sangat kerja dah kat office. All those major things banyak yang dah disetelkan, syukur alhamdulillah atas segala pertolonganMu. Lunch time pun dah jarang keluar, so ni la masanya nk update blog. Hari ni mak long nak cerita pasal Rayyan yang dah masuk lima bulan. Hari Isnin lepas bawak dia ke klinik untuk suntikan imunisasi dos ke tiga. Erk saspen juga, tapi dia okay, macam masa cucuk 3 bulan aritu pun dia tak menangis. Alhamdulillah, dia juga tak demam, mak long doakan  kesihatannya sentiasa berpanjangan dengan izin Allah. Walaupun berat dia tak naik banyak, yang penting dia sihat, BMI masih normal. Orang tua-tua kata budak tengah lasak. Yang tu memang mak long setuju. Memang kena sentiasa pantau, walaupun dia belum boleh merangkak, tapi dah boleh menyusur ke depan ke belakang dan boleh bergolek-golek dari hujung

Assalamualaikum Dunia...

28 Julai 2013, jam 4.48 petang dia lahir ke dunia. Tangisannya diringi azan yang berkumandang dari radio di Operation Theatre Hospital Seberang Jaya. Pada ketika itu mak long tahu penantian itu sudah berakhir. Meluap-luap perasaan ingin melihat si kecil itu namun mak long diminta bersabar dahulu oleh nurse. Mak long terlelap sejenak sehinggalah dikejutkan oleh suara lembut memintak mak long membuka mata melihat dan mengucup beliau. Allahuakbar, comelnya si dia, mirip ayahnya dan memang satu 'geng' dgn ayahnya pun hehe. Beliau dibawa keluar ke wad bersalin kerana degupan jantungnya agak tinggi dan mak long sekali lagi tertidur dan dipersiapkan untuk di bawa masuk ke wad. Kini, dia - Rayyan Syahmi sudah berusia 4 bulan. Seperti baru semalam segalanya berlaku. 27 Julai 2013, ketika itu Ramadhan berbaki 12 hari lagi. Pada hari itu, sewaktu bangun bersahur, Rayyan sudah memberi isyarat yang dia ingin keluar melihat dunia. Setelah kekerapan contraction semakin menjadi-jadi, mak

Warded at Putrajaya Hospital!

Bismillahirrahmanirrahim. Hari ni hari terakhir mak long MC. Genap 7 hari. Masih segar diingatan, seminggu yang lalu di keheningan subuh, mak long dan hubby bergegas ke bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Pagi itu mak long terasa sakit belakang yang teramat seperti mencucuk-cucuk. Perut juga mengeras dan ngilu. Ditambah juga dengan rasa nak meneran, macam orang nk buang air besar. Apakah? Sudah sampai masa kah? Selesai mandi dan solat subuh kesakitan masih tak reda walaupun cuba berbaring, berjalan dan macam-macam la. Hubby mak long terus call mama mak long dan mama lantas menyuruh kami terus ke hospital.  Sesampai di bahagian kecemasan, mak long pun cakap la mak long sakit sangat dan sekarang (pada masa tu) dah week 34. Panik pulak tetiba receptionist di kaunter tu (takut mak long terbersalin situ gamaknya) dia terus panggil nurse. Nurse tu pun nampak panik dan minta kami terus ke wad bersalin. Ya Allah..yang mak long ni lagi le panik. Takkan dah sampai masa kot? Dalam sak

Week 33

Bismillahirrahmanirrahim...berblog plak mak long arini yer. Hubby mak long kena gi keja, so mak long dah takder nk wat apa, layan blog la kan since dah lama juga tak update. Minggu ni dah 33 weeks, lebih kurang 8 bulan pluss la kiranya. Owh..tinggal sebulan lebih saja lagi nak bertemu dengan baby :) tak sabarnya... Boleh dikatakan persiapan baby memang dah settle semuanya. Syukur alhamdulillah, baju-baju, selimut, tuala dan barang-barang mana yang buleh basuh mak long dah siap basuh. Elok juga semua dah siap, dalam keadaan sekarang mak long memang dah cepat letih dan cepat ngantuk. Tinggal nak kemas mana yang nak masuk dalam beg ke hospital dan mana yang nak bawak balik penang. Selain tu, just tambah-tambah lagi ilmu pengetahuan tentang persediaan bersalin dan penyusuan bayi. Kebetulan mak long pun baru terdengar istilah 'hypnobirthing' melalui majalah Pa&Ma keluaran bulan Jun nih. Itupun sebab mak mertua mak long yang belikan majalah tu utk mak long. Kalau tak, mm

Entering the final trimester

Bismillahirrahmanirrahim... Hari ni cuti kt negeri Selangor ni besempena dengan general election yg ke-13. Mak long sempat gi opis jap tadi sebab tak bajet pun dapat cuti pd hari ini. So ada perkara-perkara yang perlu disetel sebelum esok. Hubby mak long pun mmg tak cuti sebab opisnya tu ikut dia punya center kt KL. KL tak cuti, so opis di Bangi pun tak boleh cuti..hehe takpa lah, mak long dok rumah layan makan buah mempelam dan dapat la jugak tulis blog ni kan! Insya Allah, hari jumaat ni genaplah 7 bulan usia baby dlm kandungan ini. Kebetulan juga ari jumaat ni besday mak long tau hihi. Alhamdulillah, syukur. Moga semuanya selamat belaka ya. Kebetulan mak long ada la beli buku tulisan Ustaz Sharhan Safie (ustaz yang selalu kuar kt tv tu tentang perubatan islam). Tajuknya 'Seindah nama semurni peribadi'. Actually buku ni bukanlah sekadar menyenaraikan nama-nama yang mulia utk bayi tapi lebih kepada buku himpunan doa dan zikir untuk ibu mengandung. Ada doa yang khusus

Precious Moment...

Assalamualaikum..isk isk..lamanya tak menjenguk blog mak long nih. Anyway, nothing much to share except one good news :) In 3 months time (plus plus) mak long dan hubby will be meeting our liltle junior, which we don't know whether it's a boy or girl yet but it'ts better to just leave it surprise la kan hihi. Bagi mak long, pregnancy experiences memang sangat mencabar especially on the early trimester. Bak kata orang, setiap individu tu berbeza pengalamannya. Mak long ni tergolong la dalam kategori orang-orang yang memang alah teruk masa awal-awal dulu. Terasa diri tu bukan mak long dah masa tu..hehe.Tapi Alhamdulillah, syukur..pejam celik-pejam celik sekarang dah nak masuk 6 bulan.  Each week and month we treasure lot's of changes - mentally and physically. Antara the best moment yang mak long dapat rasai ialah ketika mendengar degupan jantung baby dan pada usia kandungan menjangkau 5 bulan, mak long dapat rasa pergerakan dia. Mak long ada terbaca dlm artikel